Hulurkan Sumbangan

Thursday, June 19, 2008

Menanti Debaran Isnin 23 Jun 2008 !


Beberapa hari lalu Mantan Naib Presiden UMNO YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang lebih dikenali dengan nama "Ku Li" telah mengatakan bahawa ada parti komponen Barisan Nasional (BN) dari sabah akan meninggalkan BN, namun amaran itu tidak dipedulikan oleh Presiden UMNO yang juga Presiden BN malah ada pembodek-pembodek Datuk Seri Abdullah menyelar Ku Li.

Namun amaran Ku Li akhirnya terbukti sahih apabila Presiden SAPP akan mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Parlimen pada hari isnin ini 23 Jun 2008. Tindakan Presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee benar-benar membuat Datuk Seri Abdullah atau Pak Lah ini 'gelisah' bagai kera kena belacan. Hari ini TV3 menerusi Buletin 1.30 melaporkan Dewan Tertinggi BN akan mengadakan mesyuarat tergempar untuk membicangkan isu SAPP tersebut dan Naib Presiden UMNO yang juga Ketua Menteri Melaka mengusulkan SAPP dipecat daripada Barisan Nasional.

HUKUMAN BUKAN JALAN PENYELESAIAN

Mengikut Teori Ketingkahlakuan (Behaviorism), sememangnya ada dua cara untuk menyelesaikan isu-isu yang melibatkan tingkah laku. Pertama sekali ialah ganjaran iaitu 'Reward' dan yang Kedua ialah Hukuman atau 'Punishment, tindakan untuk memecat SAPP boleh dikatakan tindakan "Punishment" mengikut Teori Ketingkahlakuan. Pada pandangan penulis pendekatan "Punishment" sudah tidak sesuai pada zaman ini. Penulis ingin memberi contoh berdasarkan realiti pelajar sekolah hari ini, Jika seseorang guru di sesebuah sekolah menggunakan pendekatan "Punishment" pada hari ini, maka pelajar ini akan cuba mempengaruhi ibu-bapa mereka untuk turut membuat pendekatan "punishment" terhadap guru tersebut ini terbukti apabila semakin ramai ibu-bapa yang ingin menyaman guru sedangkan ianya tidak berlaku pada suatu masa dahulu. Pendekatan "punishment" ini juga sudah menjadikan pelajar itu gemar melakukan kesalahan. Jadi tindakan hukuman kepada SAPP adalah tidak sesuai dengan zaman sekarang.

Pendekatan "Reward" hendaklah diberi perhatian oleh Presiden BN merangkap Perdana Menteri kerana cara ini tentu akan memberikan peluang kedua kepada BN. Pertama sekali BN Perlu bertanya dahulu punca SAPP bertindak untuk mengusulkan undi tidak percaya dan kalau boleh selesaikan sebab-sebab mereka mahu mengusulkan undi tidak percaya dan kedua sebagai ganjaran atau "Reward" berikan apa sahaja keperluan yang mereka sepatutnya dapat.

Tindakan menghukum bukan dapat menyelesaikan masalah malahan bakal menambahkan menambahkan lagi masalah bersesuaian dengan realiti "orang yang berasal di negeri yang sama akan menyokong tindakan orang yang berasal daripada negeri yang sama juga" jadi tidak mustahil sekiranya 'Orang Sabah' dipecat sudah tentu ada kemungkinan "Orang Sabah" juga akan memecat dirinya sendiri daripada BN.

Sebagai Pemimpin di dalam membuat keputusan perlulah berfikir sebelum bertindak bukanya bertindak sebelum berfikir. Teringat penulis kepada satu Falsafah "Semalam adalah sejarah, hari ini adalah hadiah dan masa depan masih misteri". Samalah dengan situasi sekarang ini semalam sememangnya sudah berlaku, tindakan SAPP untuk mengusulkan undi tidak percaya adalah hadiah dan adakah Kerajaan Barisan Nasional sekarang akan tersungkur ianya masih menjadi misteri.

No comments: