Besut Lonih difahamkan bahawa ahli UMNO akar umbi daripada Bahagian Besut membuat bantahan mengenai keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengenai pencalonan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak yang masing akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tanpa terlebih dahulu berbincang dengan ahli UMNO peringkat akar umbi.
Mereka juga menuntut agar biar akar umbi yang tentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bukanya pemimpin atasan yang tentukan siapa yang bakal mengepalai UMNO. Dengan memberi contoh kepada komen Datuk Seri S. Samy Vellu mengenai 'peralihan kuasa' di dalam MIC yang mengatakan tidak ada peralihan kuasa tetapi ahli akar umbi yang tentukan siapa yang bakal mengepalai pucuk pimpinan parti yang mewakili kaum india itu. Kata mereka lagi"lihat MIC pun tidak menggunakan sistem 'peralihan kuasa' di dalam organisasi mereka kenapa UMNO perlu menggunakan sistem 'peralihan kuasa'.
Mohd Rosdi bin Ali, 44, seorang ahli UMNO peringkat akar umbi juga turut membantah keputusan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu itu dan mendakwa keputusan itu telah dibuat dengan membelakangkan ahli UMNO akar umbi dan keputusan tersebut adalah tidak sah, kita menyebut soal demokrasi kenapa kita tidak menggunakan saluran demokrasi sebaliknya menggunakan kaedah autokratik yang akan terus mengurangkan sokongan akar umbi kepada UMNO.
Manakala, Bidin Bin Shafie, 25 yang juga merupakan ahli UMNO akar umbi daripada Bahagian Besut, Terengganu menuntut Datuk Ahmad Said menarik balik keputusanya untuk mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO. Belia juga turut berkata 'kenapa mesti ada arahan kita mesti sokong Pak Lah, sepatunya kita gunakan Persidangan UMNO peringkat cawangan yang akan berlangsung sebagai medan untuk menentukan adakah Pak Lah perlu kekal ataupun tidak dan jangan pula ada arahan 'Kita semua wajib sokong Pak Lah' semasa persidangan tersebut kerana ini jelas bertentangan dengan budaya demokrasi dan kebebasan bersuara.
Di samping itu, Sabariah Siron, 42 Seorang ahli Wanita UMNO akar umbi turut menuntut keputusan tersebut ditarik balik sambil melemparkan kenyataan ini "Saya nak cakap kat Pak Lah tu, Kalau tak nak hilang kuasa buat parti sendiri, di mana ahlinya adalah Pak Lah sendiri dan buat lah apa sahaja mesti Pak Lah tak akan hilang kuasa jangan terus cemarkan kerusi Presiden UMNO dengan dosa-dosa yang terpalit di tubuhnya."
Itulah diantara bantahan-bantahan yang diterima oleh ahli-ahli UMNO akar umbi daripada Bahagian Besut, Terengganu mereka juga ada mengeluarkan nota bantahan bagi mengutuk sekeras-kerasnya keputusan yang telah dibuat oleh Badan Perhubungan UMNO Terengganu tersebut. Kandungan Nota Bantahan tersebut disediakan di bawah:
NOTA BANTAHAN KEPUTUSAN BADAN PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU
DARIPADA:
AHLI UMNO AKAR UMBI BAHAGIAN BESUT
KEPADA:
Datuk Ahmad Said
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu
Berhubung dengan keputusan Badan Perhubungan UMNO Terengganu untuk mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden dan Juga Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Timbalan Presiden UMNO pada Pemilihan Agung UMNO 2008 Disember ini.
Adalah dengan ini kami telah bersepakat untuk MEMBANTAH keputusan terbabit kerana ianya membelakangkan ahli-ahli UMNO akar umbi seperti kami. Kenapa kami tidak dipanggil untuk berbincang terlebih dahulu sebelum apa-apa keputusan dibuat.
2. Kami menuntut Datuk Ahmad Said supaya menarik balik keputusan untuk mencalonkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO sepertimana yang telah diumumkan oleh Datuk Ahmad Said baru-baru ini. Kami juga tidak mahu Datuk Ahmad Said menjadi 'pengampu' Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan membuat keputusan ini.
3. Kami menggesa pemilihan Presiden UMNO hendaklah dibuat melalui pemilihan agung UMNO dan tidak melalui arahan-arahan tertentu yang kelihatan seperti memaksa kami memilik Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO.
4. Kami juga ingi memberitahu kepada Datuk Ahmad Said sebagai Ahli UMNO kami berhak bersuara dan kebebasan bersuara adalah penting untuk memastikan demokrasi di dalam UMNO terus subur dan juga untuk kekuatan parti UMNO sendiri.
5. Kami juga ingin memberi amaran sekiranya bantahan kami ini ditolak oleh Badan Perhubungan UMNO negeri kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan drastik termasuklah meninggalkan UMNO secara beramai-ramai.
6. Sedarlah Ahli adalah aset penting di dalam sesebuah organisasi tanpa ahli siapalah organisasi tersebut dan bagaimanakan kita dapat mengukur kekuatuan sesebuah organisasi sekiranya organisasi tersebut tanpa ahli.
No comments:
Post a Comment