Hulurkan Sumbangan

Wednesday, July 23, 2008

Dulu Muzakarah Sekarang Muqabalah







Isu Muzakarah UMNO-PAS yang terus hangat diperkatakan sehinggakan berlaku percanggahan pendapat berhubung isu Muzakarah UMNO-PAS tersebut di dalam pihak PAS yang berlaku di antara Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Hussam Musa, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mustafa Ali.

Isu Muzakarah UMNO-PAS menjadi semakin hangat apabila Tuan Guru Nik Aziz mengarahkan agar Muzakarah UMNO-PAS hendaklah dihentikan segera bagi menngelakkan PAS menjadi kera sumbang di dalam Pakatan Rakyat. Namun hari ini diberitakan, pihak-pihak yang bercanggah pendapat telah berkumpul untuk berbincang di satu meja untuk menyelesaikan percanggahan pendapat tersebut.

Alhamdulillah selepas perbincangan itu, keputusan sebulat suara telah dibuat agar Muzakarah UMNO-PAS hendaklah diteruskan tetapi namanya sahaja yang perlu ditukar. Muzakarah tersebut telah ditukar menjadi Muqabalah UMNO-PAS.

Penulis merasa sedikit lega apabila keputusan itu dibuat ini bermakna usaha-usaha menyatupadukan umat Islam akan diteruskan walaupun namanya ditukar daripada Muzakarah menjadi Muqabalah. Kata orang "Don't judge the book by just it's cover' jadi janganlah kerana tukar nama ia akan memburukkan benda dinamakan itu. Penulis percaya usaha penyatuan umat ini pasti akan berjaya jika semua pihak bersungguh-sungguh dan hanya nama sahaja yang ditukar tetapi matlamat dan tujuan tetap dikekalkan.

Penulis mendoakan supaya selepas ini umat Islam di Malaysia ini berjadi umat Islam contoh kepada negara-negara Islam lain di dalam menegakkan perpaduat umat nabi adam bagi mempertahankan ummah daripada sebarang serangan musuh terhadap umat Islam.

No comments: