Hulurkan Sumbangan

Tuesday, July 8, 2008

Bilakah Rakyat Akan Mendapat Khidmat Jalur Lebar Yang Selesa?







Besut Lonih ingin membawa isu Khidmat Jalur Lebar di Malaysia, isu ini jarang dibincangkan oleh media-media arus perdana tetapi Besut Lonih sebagai salah satu media alternatif yang berpaksikan rakyat ingin mengemukakan isu ini agar kerajaan berbuat sesuatu sebelum keresahan rakyat mengenai tahap kepuasan melanggan perkhidmatan jalur lebar yang disediakan di negara ini.

Sebenarnya isu ini telah lama dibincangkan di dunia virtual tetapi gagal mendapat liputan daripada media-media arus perdana, mungkin kerana mereka mahu kekal sebagai pengampu kerajaan. Dengan Rasa penuh tanggungjawab Besut Lonih dengan beraninya mengemukakan isu ini.

Daripada Maklumbalas yang penulis terima daripada pembaca Besut lonih mengenai tahap kepuasan mereka dengan khidmat yang diberikan oleh Pengendali Jalur Lebar atau dengan Lain Pengendali Perkhidmatan Internet di Malaysia rata-rata daripada mereka memberi markah 1 untuk khidmat internet di Malaysia dan ada juga yang langsung tidak memberikan markah kerana kecewa dengan tahap servis yang diberikan oleh pengendali servis internet di Malaysia.

Kailan Hassan, 26, Pelajar Universiti Swasta mendakwa beliau sangat tidak berpuashati dengan khidmat yang disediakan oleh pengendali servis internet di Malaysia tertutamanyan pengendali khidmat jalur lebar bukan sahaja lembab tahap kura-kura, malah sering terputus-putus. Belia juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan khidmat servis teknikal jika talianya mengalami kerosakkan kerana penuh dengan karenah birokrasi.

Besut Lonih Juga Ada Menjalankan satu ujian kelajuan internet menggunakan kemudahan yang disediakan oleh Speedtest.net dan keputusan ujian tersebut disediakan di bawah:



Ini Adalah Kelajuan Khidmat Jalur Lebar 1Mbs

Kerajaan Perlu berbuat sesuatu agar rakyat dapat menikmati kepuasan khidmat jalur lebar internet yang tinggi kerana jika tahap kepuasan rakyat yang menggunakan khidmat jalur lebar masih di takuk yang lama ia bakal mengundang 'stress' dan diramalkan semakin ramai rakyat Maysia akan terdedah kepada bahaya 'sakit mental'.


No comments: