Hulurkan Sumbangan

Monday, July 21, 2008

Rakyat Terengganu Daripada Daerah Besut Bantah Pembelian Mercedes untuk Exco







Laporan utusan:
KUALA TERENGGANU 19 Julai – Kerajaan Terengganu membelanjakan kira-kira RM3.43 juta bagi membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Kereta berkenaan yang dibeli dengan harga tanpa cukai RM245,000 sebuah adalah bagi kegunaan 10 orang Exco kerajaan negeri, Speaker Dewan Undangan Negeri, setiausaha kerajaan negeri, pegawai undang-undang dan pegawai kewangan.

Beberapa ahli Exco kerajaan negeri serta Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar Nong dilihat menggunakan kenderaan berkenaan pada majlis-majlis rasmi yang dihadiri mereka hari ini.

Mokhtar ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah Asian Watercross Super Cup Terengganu di Batu Burok di sini hari ini berkata, keputusan membeli kereta mewah berkenaan dibuat oleh kerajaan negeri beberapa bulan lepas.

‘‘Kenderaan ini mula diterima awal bulan ini dan mula digunakan minggu ini,’’ katanya sambil memberitahu, pembelian itu tidak termasuk untuk Menteri Besar, Datuk Ahmad Said yang masih menggunakan kenderaan rasmi Mercedes sedia ada.

Beliau memberitahu, antara sebab pembelian itu ialah atas tujuan keselamatan dan penjimatan jangka panjang terutama dari segi penyelenggaraan.

‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas,” ujarnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, masih ada ahli Exco kerajaan negeri belum menggunakan kereta berkenaan kerana perlu menunggu proses pendaftaran kenderaan.


Besut Lonih telah dihubungi oleh beberapa orang daripada daerah Besut, Terengganu membantah keputusan kerajaan negeri pimpinan Datuk Ahmad Said berhubung keputusan kerajaan negeri yang akan membeli kereta 14 buah Mercedes Benz E200 Kompressor untuk kegunaan Exco kerajaan negeri Terengganu.

Mereka juga mempertikaikan alasan yang dikemukan oleh Datuk Ahmad Said berhubung keputusan membeli Mercedes Benz E200 Kompressor atas alasan menjimarkan kos penyelenggaraan Perdana V6 yang menjadi kenderaan rasmi exco sebelumi ini agak tinggi. Bagi mereka alasan ini langsung tidak masuk akal kerana ada diantara mereka yang menjadi pengguna Proton Perdana V6 belanja membaik pulih tidak pun mahal sangat bahkan kos penyelengaraan Mercedes lagi mahal daripada Proton Perdana V6.

Mereka sebulat suara membantah keputusan yang telah dibuat oleh Kerajaan Negeri melalui Menteri Besar Datuk Ahmad Said. Mereka juga turut memberi kata dua sekiranya kerajaan negeri meneruskan hasrat untuk membeli kereta tersebut bagi mengantikan Perdana V6 sedia ada mereka akan mendesak supaya Datuk Ahmad Said meletak jawatan daripada terus membazirkan kantung kewangan kerajaan negeri.

Tidak kurang juga ada yang mempersoalkan adakah ini cara berjimat? Mungkin juga kita boleh kata berjimat mengikut cara Ahmad Said. Rata-rata daripada mereka melahirkan rasa tidak setuju berhubung keputusan kerajaan negeri untuk membeli kereta tersebut.

No comments: