Hulurkan Sumbangan

Friday, July 11, 2008

Peralihan Kuasa Antara Angan dan Sedar








Khabarnya Kerajaan Abdullah Haji Ahmad telah membuat pengumuman bahawa tarikh peralihan kuasa daripada beliau kepada Perdana Menteri 'on waiting' iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Mengikut tarikh yang diumumkan tersebut ialah Jun 2010 dan mengikut perkiraan penulis ia mengambil masa lebih kurang dua tahun lagi.

Dua tahun bukanya satu tempoh yang singkat bermacam-macam jenis perkara mungkin boleh terjadi di dalam tempoh tersebut, malah putik-putik cabaran menunggu bagi Datuk Seri Najib sudah mula kelihatan apabila beliau sudah mula diserang oleh pelbagai pihak dengan pelbagai isu yang mengaitkanya seolah-olah semua ini sudah diatur untuk menidakkan keupayaan Datuk Seri Najib untuk menerajui negara dan UMNO khasnya.

Pepatah inggeris pernah mengatakan "you can write a statement but you can't answer the question" sepertimana isu peralihan kuaasa ini Abdullah Haji Ahmad selaku Perdana Menteri 'On Duty' boleh membuat kenyataan yang peralihan kuasa akan dibuat pada Jun 2010 tetapi Abdullah Haji Ahmad tidak akan dapat menjawab soalan "Adakah benar peralihan kuasa itu akan terjadi pada Jun 2010" malah tidak mustahil jika peralihan kuasa itu tidak akan terjadi.

Dalam masa yang sama Abdullah Haji Ahmad memperkukuhkan kedudukanya dengan mempergunakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri yang terdahulu Pulau Pinang dan yang terbaru Selangor, Ketua-ketua Bahagian dijadikan 'boneka' Parti Abdullah Haji Ahmad dan membuat kenyataan menyokong penuh Abdullah Haji Ahmad sebagai Presiden UMNO.

Penulis meramalkan lebih banyak Pengerusi Perhubungan UMNO negeri akan mengikut langkah yang sama, tidak terkecuali Terengganu kerana mengikut maklumat penulis terima Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang baru juga akan membuat pengumuman memberi sokongan kepada Abdullah Haji Ahmad maka tidak mustahilah 'boneka-boneka' Abdullah akan memberi sokongan kepada belia dengan tidak berbelah bahagi.

Penulis sungguh musykil sampai bila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mahu terus menjadi 'boneka' bagi Abdullah Haji Ahmad Badawi, tak ada gunanya memegang jawatan sekadar menjadi 'boneka' lebih baik tiada jawatan daripada menjadi boneka, orang yang memegang jawatan tetapi menjadi boneka adalah orang yang boleh dikategorikan sebagai 'pengkhianat amanah'

Langkah drastik perlu diambil oleh ahli UMNO akar umbi untuk membuang mana-mana ketua Bahagian yang boleh dikatakan menjadi 'boneka' kepada Abdullah Haji Ahmad kerana mereka tidak diperlukan di dalam UMNO sepertimana bahagian-bahagian yang buruk di dalam buah mangga ianya tidak diperlukan jadi kita hendaklah membuangnya agar kita boleh menikmati isinya dengan penuh nikmat.

Ahli UMNO juga perlu mencari langkah alternatif agar dapat membendung pentadbiran Abdullah Haji Ahmad terus berkuasa dan membuat kerosakkan di atas muka bumi Malaysia yang tercinta ini, UMNO perlu dibersihkan daripada kekotoran najis Abdullah Haji Ahmad Pemilihan Agung UMNO Disember ini adalah cara yang terbaik.

1 comment:

Salam said...

Barangkali ada pemimpin yang lebh baik daripada Abdullah, yang boleh menggantikan beliau. Tapi siapa? Najib? Muhyidin? Tengku Li? Entahlah. Pada saya pemimpin UMNO lebih kurang sama saja.

Apatah lagi dalam sebuah parti (dan juga negara) di mana rasuah, kronisme dan "salah guna kuasa" sudah menjadi budaya (?) apa yang dapat dilakukan oleh seorang PM baru mungkin tidak banyak, walau bagaimanapun gagahnya dia.

Jadi apa yang mungkin kita lihat nanti ialah, "al hasil balik asal". Sama ada Pak Lah atau penggantinya mungkin dua kali lima saja.