Hulurkan Sumbangan

Wednesday, July 30, 2008

Pahlawanku









Sempena Hari Pahlawan penulis ingin mengucapkan selamat hari pahlawan kepada pejuang-pejuang negara yang berkhidmat tidak tentu masa di saat anak-anak mereka yang masih dahagakan kasih seorang ayah dan seorang ibu di rumah.

Pergorbanan mereka amat bernilai, tanpa pengorbanan mereka sudah tentu kita tidak akan hidup di dalam keadaan aman permai. Jasa mereka begitu besar, berkorban apa sahaja demi mempertahankan maruah negara.

Penulis menyanjung tinggi perjuangan mereka. Wahai pahlawanku teruskan perjuangan mu yang masih belum selesai. Jasamu tetap dikenang walaupun nyawamu terkorban demi mempertahankan negara Malaysia tercinta.

Di kesempatan ini penulis ingin menujukan lagu di dalam video di atas untuk para perajurit negara yang sanggup menjadi pahlawanku. Tanpamu aku tak ketahuan apa akan terjadi pada nasib anak-anak kita.

Penulis hanya mampu memberikan ucapan dan menujukan kepada mereka kerana penulis bukanlah seorang perwira yang gagah menghunus senjata. Teruskanlah perjuanganmu wahai pahlawanku, perjuangan kamu tetap menjadi pujaan hatiku. Salam perjuangan daripada penulis.
Zemanta Pixie

No comments: