Hulurkan Sumbangan

Monday, July 7, 2008

Perang Anwar Vs Najib Pak Lah Dapat Untung !!!





Negara kita memang tidak lekang dek isu politik yang begitu hangat. Isu terbaru melibatkan perang mulut di antara bekas Timbalan Perdana Menteri iaitu Anwar Ibrahim dan juga Timbalan Perdana Menteri 'on duty' iaitu Najib Tun Razak.

Perperangan dua penjuru di antara mereka semakin rancak dua tiga hari ini dan terus menambahkan kehangatan pentas politik tanah air kita. Hebat sungguh dunia politik di Malaysia ini. Boleh dikatakan tiap hari timbul isu baru dan bak kata pepatah 'untung batu tenggelam, untung sabut timbul'.

Persoalanya siapa yang dapat untung daripada perperangan Anwar Vs Najib ini, adakah Najib ataupun Anwar? Pada pandangan penulis kedua-dua pihak tidak mendapat apa-apa keuntungan, malah penulis yakin akan terjadi 'lembu punya susu, sapi dapat nama'

Dalam kesibukkan Anwar dan Najib mengeluarkan senjata masing-masing, tiba-tiba semua Bahagian UMNO Pulau Pinang telah bersepakat untuk mencalonkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Presiden UMNO dan mungkin bakal memberi kemenangan kepada Abdullah semasa Pemilihan Agung UMNO 2008 Disember ini dan hari ini pula diberitakan satu Perhimpunan yang dilakukan oleh Pertubuhan Belia 4B yang memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan iaitu Abdullah. Jelas sekali 'pandangan penulis' boleh dikatakan tepat apabila 'lembu punya susu sapi dapat nama'.

Penulis yakin sekiranya Anwar dan Najib terus berantakkan pasti ianya memberi kelebihan kepada Abdullah memandangkan isu yang timbul dikalangan mereka berdua akan menenggelamkan isu yang berkaitan Abdullah dan semakin rakyat lupakan sehinggakan rakyat pun dah lupa Abdullah yang menaikkan harga minyak dengan harga yang terlampau.

Anwar dan Najib perlu hentikan perperangan kerana khuatir penulis khuatir semuanya akan 'masuk angin keluar asap' dan malah tidak keterlaluan jika penulis ramalkan karier politik mereka berdua akan hancur begitu sahaja seperti di bawa oleh kelajuan angin semasa taufan nargis.

Penulis juga yakin, dalam kehangatan isu Anwar dan Najib, Abdullah telah berusaha untuk mempertingkatkan sokongan rakyat dan juga ahli akar umbi kepadanya dan dia mungkin 'tidak berminat' untuk berjuang mempertahankan Najib kerana beliau lebih berminat untuk mempertahankan jawatanya sendiri dan semasa inilah waktu yang sesuai bagi Abdullah untuk 'memberi gula-gula' kepada sesiapa sahaja agar menyokong beliau.

No comments: