Hulurkan Sumbangan

Friday, July 18, 2008

Bermulanya Kisah Hell Boy II







Kisah Hell Boy II kini bermula selepas Kisah Hell Boy yang bermula pada tahun 1998 yang lalu. Penulis bukan bercakap Filem Hell Boy tetapi kisah Hell Boy jadi penulis berharap pembaca tidak salah faham membaca artikel ini.

Kisah Hell Boy ini penulis ibaratkan kepada isu yang hangat di Malaysia ini iaitu Isu Anwar Ibrahim yang penuh dengan kontroversi. Di dalam Kisah ini Anwar Ibrahim memegang watak sebagai Hell Boy.

Kisah Pertama Hell Boy atau Hell Boy I bermula pada tahun 1998 dimana Anwar Ibrahim selaku Hell Boy dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan di dakwa di atas beberapa salah laku.

Namun Tayangan Kisah ini tamat seketika apabila Beliau dibebaskan pada tahun lepas (kalau tak silap), namun kata orang "panas tidak selalunya ke petang" akhirnya Anwar Ibrahim terpaksa menandatangani kontrak baru yang memerlukanya memulakan kisah Hell Boy II.

Namun watak yang dibawa oleh Anwar berbeza dengan watak filem Hell Boy yang sebenarnya kerana ia akan melakonkan watak jahat sebagai seorang yang dituduh sebagai peliwat. Oleh kerana lakonanya yang berkesan ia mampu menarik simpati rakyat dan mendakwa satu konspirasi untuk menjatuhkan beliau.

Beliau juga sering berdolak dalih di dalam memberi kerjasama yang sepatunya kepada pihak Polis, Di samping itu beliau juga tidak mahu memberikan sampel darahnya kepada Pihak Polis untuk ujian DNA kerana alasanya bimbang ianya akan dimanipulasi dan DNA sedia ada sudah ada di dalam simpanan polis apabila diambil kali pertama pada tahun 1998 selepas beliau dituduh melakukan liwat untuk kali pertama.

Beliau terus menggunakan kepandaianya untuk berlakon bagi memastikan cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri akan tercapai, mungkin pada masa ini kroni-kroni beliau sudah mula tersenyum lebar memandangkan mereka hampir-hampir menguasai Kerajaan Malaysia, mana taknya sudah tentu 'perut bodo' mereka akan kenyang jika Anwar berjaya dinobatkan Sebagai Perdana Menteri.

Penulis percaya kebanyakkan pejuang-pejuang politik mempunyai misi peribadi bukanya serius untuk memperjuangkan sesuatu kerana orang politik selalunya hipokrit dan talam dua muka adalah perkara biasa di kalangan orang-orang politik.

Perlu ditegaskan disini penulis tidak menuduh Anwar Ibrahim melakukan liwat, cuma penulis katakan di sini ialah Anwar Ibrahim Dituduh melakukan liwat samalah dengan ayat-ayat yang sering digunakan oleh akhbar-akhbar tempatan.

Kadang-kadang ada orang sukar mempercayainya, sudah ada bini tak kan buat sama sejenis lagi mungkin itu alasan yang sering digunakan oleh seseorang yang tidak mempercayai seseorang itu melakukan seks luar tabii atau dengan kata lain liwat. Sebagai seorang yang mempunyai kepakaran di dalam bidang psikologi penulis ingin berkongsi sedikit pengetahuan penulis.

Sebenarnya manusia yang berpelakuan seks bilazim ini ada dua jenis yang pertama ialah dia hanya menjalinkan hubungan seks hanya dengan sesama jenis atau jantina iaitu lebih dikenali juga dengan nama "Gay"bagi lelaki dan "Lesbian" Bagi Wanita ia juga turut dikenali sebagai Homoseksual bagi lelaki.

Manakala satu lagi kategori ialah manusia yang mempunyai keinginan seks terhadap kedua-dua jantina yang juga turut dikenali sebagai Bi Seksual, golongan seperti ini kita sukar mengesanya kerana selalunya dia pandai bermuka-muka dan menutup rahsianya dan memastikan rahsianya tidak akan terbongkar. Kadang-kadang orang beristeri pun masih mempunyai keinginan seks di kalangan kaum sejenis jadi tidak mustahil ianya berlaku.

Penulis berharap orang tidak salah tafsir artikel penulis ini, penulis hanya bercakap atas dasar psikologi berdasarkan kepakaran penulis dan bukanlah berniat untuk mengaibkan sesiapa jadi fahamilah artikel penulis ini dengan sedalam-dalamnya sebelum membuat sebarang tafsiran.

No comments: