Hulurkan Sumbangan

Tuesday, June 30, 2009

Ahmad Said Perlu Berlaku Adil..

Ahmad Said Perlu Berlaku Adil...

BesutLonih menerima satu email daripada seorang pembaca yang meminta agar Menteri Besar Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said agar berlaku adil kepada semua rakyat Terengganu di semua daerah-daerah yang termasuk dalam peta Terengganu.



Kandungan Email Pembaca

Tajuk: Ahmad Said Perlu Berlaku Adil

-Alamat Email Pengirim dirahsiakan-

Saudara,

1. Saya menuntut agar MB Terengganu iaitu Datuk Ahmad Said agar berlaku adil kepada semua rakyat Terengganu tanpa mengira daerah asal rakyat Terengganu tersebut, janganlah ikut sangat semangat kedaerahan yang 'kuat' bertakhta di hati Ahmad Said.

2. Kenapa sejak akhir-akhir ini hanya Daerah Kemaman sahaja yang kelihatan banyak mendapat projek-projek pembangunan, manakala projek-projek pembangunan yang sedia ada di daerah lain kini nampaknya semakin perlahan proses pembinaanya apa sudah jadi? Adakah Ahmad Said Tak Reti Mentadbir? Kalau tak reti buat apa diteruskan berhentilah secara terhormat.

3. Bantuan-bantuan yang sepatutnya diberikan samarata mengikut daerah nampaknya lebih tertumpu kepada Kemaman, ada apa dengan Kemaman? Adakah kerana Ahmad Said orang Kemaman lepas tu banyak 'projek' dicurahkan di Kemaman ataupun ada kroni-kroni terntentu yang mendapat 'projek' di sana?

Akhir kata saya mendesak agar MB Terengganu itu agar berlaku adil dengan rakyat Terengganu tanpa mengira daerah mereka. Banyak juga daerah sudah menjadi daerah anak tiri bagi Kerajaan Terengganu, Kenapa itu berlaku? Saya percaya Ahmad Said ada jawapanya.

Thursday, June 25, 2009

Apa Khabar DS Hj. Deris?


Telah lama penulis tidak mendengar khabar mengenai mantan MB Terengganu iaitu Datuk Seri Haji Idris Jusoh yang dikenali dengan nama "Haji Deris" oleh rakyat daerah Besut. Begitu lama jugalah penulis tidak mendengar berita mengenainya, media-media arus perdana pun sudah lama tidak menyiarkan berita-berita mengenai batang tubuh bernama "Haji Deris" itu maklum sahajalah media arus perdana lebih suka menjaja "Ahmad Said" memandangkan Ahmad Said memang suka dengan publisiti murahan.

Alhamdulillah akhirnya dapat juga berita mengenai beliau apabila kawan kepada Adik Iparnya menceritakan kepada penulis bahawa DS Idris Jusoh sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Harvard dan Jordan katanya lagi DSIJ sedang menyiapkan satu research namun tidak pula diketahui apakah tajuk bagi research yang dibuat oleh mantan MB Terengganu itu.

Kawan penulis itu juga sempat juga 'merisik khabar' adakah DSIJ masih akan bertanding di DUN pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, jawapanya TIDAK kerana beliau berkemungkinan kembali kepada kerusi asal iaitu Parlimen Besut dan tidak bertanding lagi untuk Dewan Undangan Negeri Terengganu namun tidak dinyatakan sebab mengapa DSIJ tidak bertanding di DUN.

Penulis kagum dengan semangat menuntut ilmu yang ada pada DSIJ yang tidak jemu-jemu menuntut ilmu selaras dengan seruan "Tuntutlah Ilmu Dari buaian hinggalah ke liang lahad". Penulis berharap dengan ilmu yang ditimba oleh DSIJ dapat memberi input yang berguna buat rakyat Besut khasnya dan rakyat Terengganu amnya.
Reblog this post [with Zemanta]

Monday, June 22, 2009

Jalan Perdamaian Penuh Berliku?


Saya dapat membayangkan betapa terguris perasaan beberapa tokoh politik yang dikecam oleh rakan sendiri disebabkan kerana hasrat ingin mencari perdamaian dalam kalangan kaum muslimin. Keadaan begini menjadikan kita lebih faham mengapa Allah menyebut: (maksudnya)

“Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amalan soleh, sambil berkata: “Sesungguhnya aku ialah dalam kalangan muslimin!”. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan) dengan cara yang lebih baik; maka (engkau akan dapati) orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar (dari kebahagiaan dunia dan akhirat)”. (Surah Fussilat ayat 33-35).


Allah mengajar dalam ayat di atas agar kita menyeru kepada Allah, iaitu ajaranNya bukan kepada kepentingan diri, parti atau apa sahaja, serta menyatakan kita dalam kalangan kaum muslimin. Maka muslim atau Islam itulah identiti kita merentasi segala identiti dan ideologi perkauman, politik dan fanatik kelompok dan puak.

Kemudian Allah mengajar agar dalam dakwah kita berusaha menolak kejahatan dengan kebaikan. Tidak perlu menyimpan dendam dan amarah yang tidak sudah. Dengan tidak menggadaikan prinsip dan berhati-hati, dalam masa yang sama al-Quran memberitahu kita tindakan menunjukkan kebaikan dalam menghadapi kejahatan boleh menatijahkan musuh menjadi rakan setia.

Namun Allah juga memberitahu untuk melaksanakan hal ini amatlah berat dan tidak akan sanggup dipikul melainkan mereka yang sabar dan mendapat kurniaan besar daripada Allah.

Saya tahu ramai orang politik baca ayat ini. Mereka juga tahu Allah menyebut dalam firmanNya yang lain (maksudnya)

“Dan jika dua puak daripada orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah antara keduanya; jika salah satunya berlaku melampau terhadap yang lain, maka perangilah puak yang melampau itu sehingga mereka kembali mematuhi perintah Allah; jika mereka kembali patuh, maka damaikanlah antara keduanya dengan adil, serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 9-10).

Juga sabda Nabi s.a.w:

“Mahukah kamu aku khabarkan amalan yang lebih tinggi darjatnya daripada puasa dan solat ? Jawab para sahabah: Bahkan. Sabda baginda: “Mendamaikan hubungan, kerana rosaknya hubungan itu adalah pencukur (mencukur agama)” (.Riwayat Abu Daud, dinilai sahih oleh al-Albani).

Amat dukacita jika ada dalam kalangan orang Islam melenting dengan idea perdamaian antara kelompok-kelompok Islam yang berbalahan. Mungkin kerana dia kurang jelas maksudnya, atau beberapa andaian politik yang menakutkan.

Apapun, perdamaian bukan semestinya menghapuskan identiti, tetapi untuk kembali memahami antara satu sama lain atas asas ukhuwwah islamiyyah. Bak firman Allah: (maksudnya)

“Tiada kebaikan pada kebanyakan bisik-bisikan mereka, kecuali (bisik-bisikan) orang yang menyuruh bersedekah, atau menyuruh berbuat kebaikan, atau menyuruh perdamaian antara manusia. Dan sesiapa yang berbuat demikian dengan maksud mencari keredaan Allah, tentulah Kami akan memberi kepadanya pahala yang amat besar” (Surah al-Nisa’: ayat 114).

Jika kita tidak melenting dengan cadangan agar penjenayah Chin Peng dimaafkan dan dibawa pulang, mengapa pula begitu marah untuk sesama muslim cuba duduk semeja, maaf memaafi dan berunding untuk kebaikan umat dan rakyat.

Semasa saya masih menjawat jawatan Mufti Perlis, saya telah pun menulis rencana dalam Mingguan ini bertajuk “Apa Salahnya Mereka Duduk Semeja?”. Pihak TV9 juga ketika itu turut menjemput saya untuk mendiskusikan tajuk tersebut dalam siarannya.

Hari ini, hasrat itu dinyatakan sendiri oleh orang politik. Saya mulanya amat bersyukur. Namun nampaknya ia tidak semudah itu. Rintangan dan halangan amat besar dan sukar. Dendam, prejudis, hasutan dan sejarah silam membaluti isu ini.

Nampaknya lebih mudah untuk kelompok-kelompok politik muslim ini duduk dengan ‘orang lain’ dibandingkan saudara muslim mereka sendiri. Jika ada pun rekod buruk perdamaian yang pernah berlaku antara PAS dan UMNO, itu telah pun berlalu. Mereka yang terlibat dalam sejarah lepas sudah pun tiada dalam layar politik hari ini.

Kita bukan Kristian yang mempercayai dosa warisan Adam ditanggung oleh anak cucunya dan tidak akan terampun melainkan Jesus disalibkan. Sebaliknya kita ini percaya dengan apa yang Allah sebutkan tentang ciri-ciri ahli syurga, antaranya: (maksudnya)

“..dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan (ingatlah), Allah mengasihi mereka yang berbuat perkara-perkara yang baik” (Surah Ali ‘Imran ayat 134).

Ada yang berkata jangan sampai jadi macam tentera ‘Ali bin Abi Talib r.a. yang ditipu oleh ‘Amr bin al-‘As dan Muawiyah bin ‘Abi Sufyan. Mengambil kesempatan ini saya ingin menegaskan bahawa ‘Amr bin al-‘As dan Muawiyah bin Abi Sufyan tidak pernah menipu ‘Ali bin Abi Talib. Riwayat-riwayat Syi’ah telah mempengaruh pemikiran sebahagian besar pembaca sejarah.

Riwayat-riwayat rawi Syi’ah seperti Abu Mikhnaf (meninggal 157H) telah menggambarkan seakan para sahabah Nabi s.a.w mengkhianati antara satu sama lain. Padahal kesemua para sahabat tersebut mendapat pujian Nabi s.a.w semasa hayat baginda.

Sebenarnya, setelah berlaku peperangan ‘Ali dengan Muawiyah dan puluhan ribu orang Islam terbunuh, Mu`awiyah telah mengangkat al-Quran dan menyatakan:

“Ini dia penyelesaian antara kami dan kamu, sekiranya semua manusia (umat Islam) musnah, siapa yang akan menjaga sempadan, siapa yang akan berjihad menentang golongan musyrikin dan kuffar?”. Maka, peperangan pun dihentikan.(‘Iyadah Ayyub al-Kubaisiy, Sahabah al-Rasul fi al-Kitab wa al-Sunnah, m.s.319-321, Syria: Dar al-Qalam).

Selepas perdamaian tersebut maka terjadilah peristiwa Tahkim yang masyhur. Malangnya hakikat sebenar Tahkim ini telah diputar belitkan dengan menggunakan riwayat-riwayat palsu yang kononnya `Amr bin al-`As telah menipu Abu Musa al-Asy`ari. Tokoh sejarahwan agung Muhibb al-Din al-Khatib berkata

“..apa yang diperkatakan oleh mereka yang keliru bahawa Abu Musa dan `Amr telah bersetuju memecat `Ali dan Mu`awiyah, apabila Abu Musa memecat `Ali, `Amr juga memecatnya tapi mengekalkan Mu`awiyah adalah satu kekeliruan, dan sengaja mereka itu bersikap jahil. Sebabnya Muawiyah ketika itu tidak pernah menjadi khalifah dan tidak pernah mendakwa sebagai khalifah sehingga perlu `Amr memecatnya. Sebaliknya mereka telah bersetuju menyerahkan urusan kekhalifahan kepada umat Islam yang ada, yang terdiri daripada kalangan para sahabah yang mana Rasulullah s.a.w. wafat dalam keadaan meredhai mereka. Kedua-duanya telah bersetuju demikian. Oleh itu tidak timbul mengenai persoalan Mu`awiyah, kerana beliau bukannya khalifah dan beliau juga tidak berperang untuk menjadi khalifah, sebaliknya kerana menuntut dilaksanakan hukuman had syar’i kepada mereka yang terlibat dalam pembunuhan `Uthman. Apabila Tahkim menyentuh persoalan kepimpinan orang Islam, kedua-duanya telah bersetuju untuk diserahkan masalah ini kepada para pembesar sahabah. Adapun berhubung dengan perlaksanaan pentadbiran, `Ali menguruskan negeri-negeri yang ada di bawahnya dan Mu`awiyah pula menguruskan negeri-negeri yang ada di bawahnya. Oleh itu di dalam peristiwa Tahkim tidak ada kisah tipu daya dan helah..” (al-Awasim min al-Qawasim (ta’liqat) m.s. 177, Beirut: Dar al-Khair).

Apa pun, sejarah Siffin amatlah hitam kerana telah mengorbankan umat Islam begitu banyak. Sebab itu dari awal lagi, majoriti para sahabat Nabi s.a.w.enggan terlibat dengan perbalahan tersebut. Kata tokoh tabi’in Muhammad bin Sirin:

“Ombak fitnah melanda sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat di dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (rujukan: Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264).

Ya, kita pun hanya ingin terlibat jika PAS dan UMNO ingin berukhuwwah, tetapi tidak sebaliknya. Namun kita akan menentang pihak yang melampau kerana itu arahan al-Quran!

{http://www.drmaza.com}


Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, June 21, 2009

Dua Kabilah PAS VS Dua Kabilah UMNO Terengganu


Pentas politik tanah air diwarnai dengan pelbagai cerita kadang-kadang ia sampai membuat kita tertawa dengan sendiri. Itulah betul kata orang tua dulu-dulu "Politik ini umpama Bubur lambuk, macam-macam ada di dalamnya".

Joong(Mendung) kadang-kadang akan melanda pentas politik tanah air, ADUN Ajil iaitu Dato Haji Rosol Wahid turut bercakap mengenai "joong mendung politik" di dalam blognya.

Di pihak PAS ada dua kabilah, satu kabilah yang menyokong idea "Kerajaan Perpaduan" yang diketuai oleh TG Hj. Abdul Hadi Awang, manakala satu lagi kabilah ialah yang membanteras keras idea "Kerajaan Perpaduan" sampai tergamak menghalau keluar Ustaz Nasharuddin Mat Isa dari PAS.

Di pihak UMNO Terengganu pula dikatakan berpecah dua kabilah juga iaitu Blok Terengganu Utara dan Blok Terengganu Selatan. Wah banyak betul 'joong politik' sejak akhir-akhir ini, tetapi tak apa anggaplah ini adalah ujian Allah tuhan seru sekian alam terhadap umatnya.

Khabarnya juga dua orang telah terkait dengan kes SPRM, namun belum dapat disahkan lagi kebenaran khabar ini. Jika khabar ini benar-benar berlaku, adakah ia benar-benar bersalah ataupun 'senjata Ahmad Said' untuk memperkukuhkan kedudukanya sebagai MB Terengganu dan terus membuncitkan perutnya yang sedia buncit dengan wang rakyat yang diterima melalui pembayaran Royalti oleh Kerajaan Pusat dan siapa lawan SPRM akan jadi senjata.

Jika itu yang Ahmad Said lakukan, hentikanlah segera kerana tindakan itu benar-benar menyusahkan SPRM dan dalam masa yang sama mengaibkan mereka yang tidak salah tetapi dihadapkan ke SPRM, Ingatlah "Politik bukan pentas untuk main-main, ini bukan main pondok-pondok tetapi politik" .

Ahmad Said kini diberi gelaran baru berdasarkan apa yang telinga penulis dengari dari perbualan kedai-kedai kopi yang penulis singgah. Gelaran tersebut ialah MBKU (Bukan OKU), apa yang mereka maksudkan dengan MBKU ialah Menteri Besar Kurang Upaya berdasarkan prestasi yang agak lemah yang ditunjukkan oleh Ahmad Said sejak menjadi Menteri Besar Terengganu.
Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, June 20, 2009

Al-Kisah Kerajaan Perpaduan....

Nik Aziz Nik MatImage via Wikipedia

Pada artikel penulis pada kali ini ingin menjegah isu politik nasional kerana penulis ingin berehat seketika membicarakan isu-isu politik negeri Terengganu yang terus dirosakkan oleh Ahmad Said.

Kerajaan Perpaduan atau ejaanya dalam jawi "كراجأن ڤرڤادوان" menjadi isu hangat beberapa hari lalu dan membawa kepada kemarahan Mursyidul Am PAS atau Menteri Besar Kelantan yang dengan selambanya mengeluarkan kenyataan meminta Timbalan Presiden PAS iaitu Ustaz Nasharuddin Mat Isa letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Bachok dan juga keluar daripada PAS dan sertai UMNO namun akhirnya Nik Aziz mengalah dan mengakui bahawa kenyataan yang beliau keluarkan itu agak 'emosional'.

"Kerajaan Perpaduan" benar-benar telah menghuru-harakan PAS buat seketika tambah menghangatkan lagi isu ini ialah tersebarnya khabar angin yang mendakwa bahawa gambar poster Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak akan digunakan atau ditampal di Pilihan Raya Kecil Manik Urai kerana ia menganggap bahawa Pilihan Raya itu bukan Pilihan Raya di peringkat nasional.

Jika benar dakwaan khabar angin itu, secara terang lagi bersuluh bahawa PAS Kelantan cuba mengamalkan fahaman Assabiyyah walhal di dalam ceramah mereka selalu mengutuk kumpulan berfahaman Assabiyyah ini. Tindakan ini juga boleh menjadikan PAS Kelantan cuba membuat dekriminasi terhadap PAS Pusat, mungkin juga ini adalah antara penangan 'idea' Kerajaan Perpaduan yang cuba dibawa oleh Presiden PAS.

Sebenarnya isu ini tidak sepatutnya menimbulkan kemarahan Nik Aziz sapa gitu semo (Sampai Begitu) kalau tak ada orang yang cuba mengapi-apikan kemarahan beliau. Tidak keterlaluan jika penulis mengatakan bahawa Nik Aziz telah dijangkiti oleh Virus tetapi bukanlah Virus H5N1 yang begitu rakus menyerang negara kini, tetapi virus tersebut adalah Virus Endorgan yang disuntik oleh Anwar Ibrahim untuk memastikan PAS sentiasa berada di dalam penguasaan beliau.

Penulis amat berharap 'idea' Kerajaan Perpaduan ini dapat direalisasikan demi memastikan perpaduan Umat Islam di Malaysia terus utuh kerana "Bersatu Teguh, Bercerai Roboh". Akhir kalam penulis akhiri dengan satu kata mutiara yang berbunyi "Setiap Manusia Ada Keinginan Untuk Berkuasa mereka akan cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kuasa"
Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, June 14, 2009

Kerajaan Perpaduan Dan Persaudaraan Islam

Artikel Ini Dipetik dari Minda Tajdid
http://www.drmaza.com



Istilah ‘kerajaan-perpaduan’ menjadi panas. Saya sendiri tidak pasti apakah maksudnya. Mungkinkah ia seperti ‘Islam Hadhari’ yang muncul istilah dahulu, maksudnya dicari kemudian. Apapun bagi saya, sebagai seorang muslim saya amat gembira dan bahagia jika sesama muslim dapat berdamai dan mencari jalan ke arah kemaslahatan umat.

Orang yang enggan melihat sesama muslim cuba berdamai ialah manusia yang dirasuk syaitan samada disebabkan dendam kesumat yang tidak habis-habis atau fanatik yang bukan-bukan, atau buruk sangka yang tiada tepinya. Melainkan jika dia dapat buktikan bahawa perbalahan sesama muslim itu lebih besar kebaikan daripada perdamaian. Allah menyebut: (maksudnya)

“Sebenarnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat” (Surah al-Hujurat: ayat 10).

Jika dahulu perkataan ‘asabiyyah’ itu diwakili oleh ketaksuban kepada kaum atau kabilah sehingga berlaku perbalahan dan peperangan, namun hari ini ‘asabiyyah’ itu menjelma dalam bentuk parti, kumpulan, jamaah dan berbagai lagi bentuk perkumpulan manusia. Lalu manusia berbalah kerananya. Nabi s.a.w bersabda:

“…Sesiapa yang berperang di bawah rayah ‘immiyyah (bendera kebutaan) dan menyeru kepada ‘asabiyyah atau marah kerana ‘asabiyyah maka kematiannya adalah jahiliyyah”.(riwayat Muslim).

Dalam riwayat yang lemah sanadnya (tetapi dikuatkan dengan hadis tadi) dikatakan Nabi bersabda:

“Bukan di kalangan kami sesiapa yang menyeru kepada ‘asabiyyah, bukan sesiapa yang berperang atas ‘asabiyyah, dan bukan di kalangan kami sesiapa yang mati atas ‘asabiyyah”(Riwayat Abu Daud).

Penyakit ‘asabiyyah bukan sahaja dalam bentuk perkauman arab, atau parsi atau melayu tetapi juga dalam parti-parti yang dibentuk dibawah nama ‘demokrasi’ hari ini. Segala prinsip dan kewarasan hilang hanya disebabkan ketaksuban kepada parti atau kebencian kepada ‘pesaing parti’. Sehingga yang kononnya berjuang untuk arab atau melayu boleh berpakat dengan bukan orang lain untuk menindas kaumnya.

Demikian yang kononnya berjuang untuk Islam boleh berpakat dengan bukan Islam untuk bermusuhan dengan orang Islam. Bahkan ada yang kuat ‘kebangsaannya’ boleh menghina bangsanya hanya kerana berbeza parti. Bagitu yang kononnya kuat Islam bukan berkawan dengan sosialis, kapitalis, bahkan anti-negara Islam, tetapi berang jika diajak berdamai dengan orang Islam. Parti telah membentuk ‘asabiyyah yang menakutkan dan mencerai-beraikan orang Islam.

Saya amat berharap umat Islam dalam negara ini keluar dari kemaslahatan parti kepada kemaslahatan umat yang lebih besar daripada parti. Nabi s.a.w memuji al-Hasan bin ‘Ali disebabkan beliau telah melakukan tindakan yang menyebabkan perbalahan antara penyokong Mu’awiyah r.a. dan penyokong ‘Ali r.a dapat diredakan. Abu Bakrah r.a menyebut: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di atas mimbar sementara al-Hasan bin `Ali berada di sebelahnya. Baginda menghadap ke arah orang ramai dan kemudian kepada al-Hasan, lalu bersabda: “Sesungguhnya anakku ini adalah seorang tuan, mudah-mudahan Allah mendamaikan dengannya dua puak yang besar daripada orang-orang Islam” (Riwayat al-Bukhari). Hadis ini menjadi kenyataan apabila Saiyyidina Hasan telah mengundur diri dari kerusi pemerintahan dan menyerahkannya kepada Mu`awiyah selepas kewafatan ayahnya Saiyyidina `Ali. Mu`awiyah dengan itu menguasai pemerintahan sepenuhnya dan tahun tersebut dinamakan oleh orang Islam iaitu “tahun perpaduan” (Ibn Kathir, Al-Ba`ith al-Hathith, m.s. 177, Beirut: Dar al-Fikr). Di samping itu, Mu`awiyah sendiri mempunyai hasrat perpaduan di mana beliau berkata:”Siapa yang akan menjamin orang Islam (sekiranya dibunuh ayah-ayah mereka)” (Riwayat al-Bukhari). Ibn Taimiyyah dalam ulasannya menyebut: “Nabi s.a.w. memuji al-Hasan kerana perdamaian yang dilakukannya dan menamakannya sebagai sayyid iaitu `tuan’. Ini kerana, Allah dan RasulNya suka dan redha terhadap apa yang al-Hasan lakukan. Andainya peperangan yang berlaku antara orang Islam itu diperintah oleh Allah dan RasulNya, tentu Rasulullah tidak akan memuji langkah perdamaian yang diambil oleh al-Hasan. Kalau peperangan itu suatu yang disuruh oleh Allah dan RasulNya, bererti al-Hasan telah meninggalkan suatu kewajipan atau perkara yang disukai Allah. Hadis ini adalah dalil yang jelas bahawa apa yang dibuat oleh al-Hasan adalah sesuatu yang terpuji.”(Ibn Taimiyyah, Al-Khilafah wa al-Mulk, m.s. 84).

Di Malaysia, kita tidak pun tidak mengharapkan parti-parti umat Islam ini menyerah kuasa antara satu sama lain. Ya, kita perlukan imbangan kuasa antara kerajaan dan pembangkang. Apa yang kita harapkan mereka dapat duduk semeja membincangkan tentang maslahat umat ini terutama yang membabit isu-isu khusus umat Islam. Apakah langsung tidak persamaan pendirian atau sikap antara UMNO dan PAS dalam isu-isu khusus? Kita boleh berbeza atau berselisih sekalipun, tetapi kena ada titik-titik persamaan mengenai kemaslahatan umat dan rakyat. Berfikirlah atas landasan nas dan ukhuwwah islamiyyah melebihi sikap ‘tegar’ yang hanya mengikat diri dengan belenggu kepartian semata-mata. Islam itu bukan sekadar politik, Islam juga akidah, akhlak, ekonomi, pendidikan dan berbagai lagi. Apakah dalam keadaan gentir ini tiada langsung nafas untuk memikirkan kemaslahatan umat dalam masalah-masalah khusus kita? Jika UMNO dan PAS boleh duduk bermesra dan bermanis dengan mereka yang berbeza prinsip dan perjuangan, apakah langsung tiada ruang sesama mereka. Marilah kita bimbangi apa yang Nabi s.a.w sebut:

“Manusia yang paling Allah benci ialah yang berkeras kepala dalam perbalahan” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Sebab itu ketika saya bersembang panjang dengan Tun Abdullah di London dua minggu lepas, saya mencadangkan agar duduklah UMNO dan PAS berbincang dalam perkara-perkara di luar isu politik. Belajar faham memahami antara satu sama lain. Niatkan kerana Allah, bukan kerana parti.

Jika pun mereka pernah ada rekod buruk perdamaian sebelum ini, namun zaman dan masa sudah berbeza. Semalam sudah tidak sama dengan hari ini. Hari ini manusia lebih matang dan keadaan lebih getir. Jangan lagi berbincang bermula dari titik tolak kuasa, tetapi berbincang dari titik kemaslahatan umat. Jika benar ada keikhlasan, keberkatan akan datang. Jika niat ikhlas inginkan perdamaian, Allah akan membuka jalan kebaikan. Kalau kuffar musuh Islam ingin berdamai, kita disuruh sahut perdamaian. Inikan pula sesama muslim. Firman Allah: (maksudnya)

“Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui” (Surah al-Anfal, ayat 61).

Ada pihak yang berkata perdamaian antara parti-parti orang Islam akan memangsakan orang ‘lain’. Saya hairan, apakah setiap kali jika dua golongan berunding maka pihak lain pasti menjadi mangsa?. Saya fikir jika muslim yang berbicara demikian, dia seorang yang sama dengan pengikut Abdullah bin Saba yang mencetuskan peperangan antara ‘Ali dan ‘Aishah. Mereka itu apabila melihat ‘Ali berdamai dengan ‘Aishah r.ha, mereka mencetuskan serangan mengejut sehingga mengheret umat Islam bertempur sesama sendiri.

Menurut Ibn Kathir (meninggal 774H), apabila mendengar keputusan `Ali untuk berdamai, mereka yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan `Uthman iaitu para pemberontak yang ada di dalam tentera `Ali menjadi takut. Mereka berbincang sesama sendiri dan berkata: “Mereka telah berdamai atas darah-darah kita”. Maksud mereka perdamaian ini bererti senjata akan dihalakan pula ke arah mereka.. mereka terus berbincang, akhirnya `Abd Allah bin Saba’ mencadangkan agar mereka memulakan api peperangan agar peperangan tetap tercetus..sebelum menjelangnya waktu subuh mereka telah melancarkan serangan terhadap tentera-tentera `Aisyah dan `Ali secara serentak menyebabkan kedua-dua pihak menyangka bahawa pihak yang satu lagi telah mungkir janji. Tentera `Aisyah telah menyatakan: “Tentera `Ali telah menyerang kita”. Sementera tentera `Ali pula menyatakan: “Tentera `Aisyah telah menyerang kita”. Maka tercetuslah peperangan Jamal yang menyebabkan kematian yang begitu banyak…(al-Bidayah wa al-Nihayah 7/249, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).

Kata Winston Churchill: “History repeats itself because no one was listening the first time”.


Reblog this post [with Zemanta]

Friday, June 12, 2009

Politik Bumbung Stadium 3: Rosol Persoal Kenapa Namanya Dibabitkan






Artikel "Politik Bumbung Stadium" telah masuk edisi ketiga yang disiarkan di dalam blog BesutLonih.com. Hari ini kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan, Terengganu runtuh pada baru-baru ini terus menjadi topik perbualan hangat bukan sahaja di kedai-kedai kopi seluruh Terengganu malah hampir ke seluruh kedai kopi di Malaysia termasuklah Kelantan.

Mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Terengganu DUN Ajil mempersoalkan kenapa nama beliau turut dikaitkan dengan kejadian tersebut, adakah kerana beliau mengenali kontraktur tersebut jadi namanya mesti dikaitkan seperti mana kenyataan beliau yang dikeluarkan di blog beliau.

Kontraktor atau Syarikat yang dikaitkan dengan Datuk Rosol itu juga menafikan bahawa kejadian bumbung stadium itu berpunca daripada kecuaian syarikat itu sambil mengeluarkan kenyataan bahawa syarikatnya hanya terlibat dengan pembinaan bangunan utama stadium sahaja dan bukanya bumbung sambil mengatakan syarikat yang membuat bumbung stadium itu berpangkalan di Korea.

Itulah "Politik Bumbung Stadium" ia mampu menyerang sesiapa sahaja yang pernah terlibat dengan pembinaan stadium berkenaan tetapi apa yang menghairankan penulis ialah projek pembinaan stadium tersebut dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan kenapa Mantan Perdana Menteri tidak dipersalahkan? Sebaliknya Mantan Menteri Besar yang dipersalahkan? Sedangkan projek itu Projek Kerajaan Persekutuan bukan Projek Kerajaan Negeri. Fikir-fikirkanlah...
Reblog this post [with Zemanta]

Wednesday, June 10, 2009

مروڠكاي سجاره دايره بسوت







سجاره مروڤاكن كومڤونين تق كورڠ ڤنتيڠڽ د دالم هيدوڤ كيت سهارين. والاوڤون ستيڠڬي مان ڤون كجايأن كيت تتڤ ڤرلو بلاجر درڤد سجاره كران سجاره ممڤو منديديق كيت لبيه برهاتي-هاتي د ماس هادڤن دان بوليه ديومڤامكن سكيراڽ كيت برجالن ك دڤن، سسكالي كيت كنا منوليه ك بلاكڠ.


ارتيكل ڤنوليس كالي اين برتوجوان اونتوق مروڠكاي سجاره دايره بسوت، سبواه دايره يڠ برادا د دالم نأوڠن نڬري ترڠڬانو يڠ سريڠ دياناق تيريكن اوليه كڤيمڤينن كراجأن ترڠڬانو سڤرتي زمان مب دسد وان مختار دان كيني زمان مب داتوق احمد سعيد، چوبا
كيت ايمبس كمبالي كناڤ بسوت سلالو دياناقتيريكن اوليه كراجأن ترڠڬانو.


لاتربلاكڠ دايره بسوت


بوقتي برتوليس يڠ ڤاليڠ اول مڽنتوه مڠناءي دايره اين چوما سديكيت، چاتتن منشي عبدالله دالم ڤلايران عبدالله ك كلنتن دان دري بوكو توففتال نافيس كارڠن راج علي حاج.

اوليه كران تيدق ترداڤت بوقتي-بوقتي برتوليس مڠناءي سجاره اول دايره بسوت، مك ترداڤت برباڬاي-باڬاي چريتا يڠ منرڠكن اصل اصول بسوت.

ساله ساتو چريتا مڠناءي اصل نام بسوت كونونڽ برڤونچا دري زمان دهولو دمان دكاتاكن دايره اين مروڤاكن ساله سبواه كاوسن دباوه كواس كراجأن سيام . مڠيكوت ساله ساتو چريتا نام بسوت تيمبول دري ڤركاتان ب يڠ دالم بهاس سيام برمعنى دايره مانكالا سوت مڠڬمبركن ساتو تمڤت اتاو كاوسن يڠ ڤاليڠ جاوه اتاو ڤڠهوجوڠ. اين موڠكين بتول برداسركن فكتور بتاڤ جاوهڽ بڠكوق يڠ مروڤاكن ڤوست ڤينتادبيران سيام دڠن دايره اين.

تو چريتا مڠناءي اصل اصول نام بسوت اياله برداسركن چريتا كونونڽ كاوسن اين دهولوڽ دڤراينته اوليه سأورڠ راج يڠ دڬلر راج سڠ ڽڽ. بلياو اداله كتوا لانون يڠ ساڠت ظاليم دان اين مڽببكن تيدق راماي اورڠ يڠ تيڠڬل د كاوسن اين. سلڤس كماتينڽ باروله كاوسن اين ديديامي اورڠ دان ساله ساتو كومڤولن ڤندودوق ترديري دري اورڠ ڤڠن. كومڤولن مريك دكتواي اوليه سأورڠ يڠ برنام بسوت جادي دڤرچايأي نام بسوت اداله برأصل دري نام كتوا اورڠ ڤڠن ترسبوت.

كسموا چريتا يڠ مڠايتكن اصل اصول نام دايره اين ميمڠ تيدق داڤت دبوقتيكن كران تيدق اد بوقتي يڠ برتوليس. بوقتي يڠ ڤاليڠ اول مڽنتوه مڠناءي دايره اين چوما سديكيت سباڬايمان چاتتن منشي عبدالله دالم ڤلاين عبدالله ك كلنتن دري بوكو توهفتال نافيس كارڠن راج علي حاج.

دالم چاتتن اين اد دچريتاكن مڠناءي سكومڤولن ڤدڬڠ دري ڤتتاني ﴿ سلتن سيام ﴾ تله داتڠ ك بسوت دڠن دكتواي اوليه سأورڠ يڠ برنام چئ لطيف. اداله دڤرچايأي چئ لطيف برأصل دري سومترا دان تله بياسا برداڬڠ د ڤتتاني. دڠن مناوركن سڬنتڠ مات كايل دكاتاكن چئ لطيف برجاي مموجوق اورڠ-اورڠ ڤڠن كلوار دري دايره اين ك هولو بسوت. بلياو دان اورڠ-اورڠڽ تله برجاي ممبينا سبواه ڤركامڤوڠان دتبيڠ سوڠاي بسوت يڠ دبري نام ڤلامبڠ موڠكين مڠمبيل نام سمڤنا نام تمڤت اصل بلياو د سومترا. ڤلامبڠ مروڤاكن ڤوست ڤينتادبيران يڠ ڤرتام د بسوت سبلوم قڬ. راج.

بيلا چئ لطيف منيڠڬل دنيا، بلياو دڬنتي اوليه انقڽ برنام چئ كامت. سماس ڤمرينتاهن چئ كامت دايره بسوت برادا دالم كادأن هورو-حرا كران انچمن دري ڤرومڤق لانون يڠ برمهاراجليلا د ڤولاو-ڤولاو يڠ برادا دسيكيتر لاوت دايره اين. دالم بوكو ڤلايران ڤلايران عبدالله ك كلنتن، عبدالله منشي اد منچريتاكن كڬياتن لانون-لانون د كاوسن اين. دكاتاكن لانون-لانون اين دكتواي اوليه ڤڠليما ايبيه دان ڤڠليما ڬارڠ.


اونتوق مڠهادڤي انچمن لانون-لانون اين، چئ كامت تيدق برداي اونتوق مننتڠڽ دان بلياو تله ممبوات كڤوتوسن ممينتا بنتوان دري ترڠڬانو. ڤرموهونن بلياو دڤرستوجوي اوليه سلطان ترڠڬانو ماس ايت ايايت سلطان منصور 1، يڠ دكنلي سباڬاي مرحوم برجڠڬوت. بلياو ممرينته ترڠڬانو دري 1726-1793. سلطان منصور 1 تله مڠهانتر اڠكتن تنترا يڠ دكتواي اوليه ڤوترا بڬيندا ايايت تڠكو قادر.

تڠكو قادر دان تنترا دباوه ڤيمڤيننڽ برجاي مڠالهكن لانون-لانون ترسبوت دان ممقسا لانون-لانون ترسبوت بروندور ك ڤولاو ڤرهنتين.

سباڬاي ڤڠهرڬان دأتس كجايأن بلياو مڠالهكن لانون-لانون بركنأن، تڠكو قادر تله دبري كواس اوليه سلطان ترڠڬانو اونتوق ممرينته بسوت. چئ كامت ڤولا دلانتيق سباڬاي اورڠ بسر بسوت سرتا منداڤت حق د اتس ڤولاو رهو.



نڬري بسوت د باوه نأوڠن ترڠڬانو

تڠكو قادر يڠ منجادي راج يڠ ڤرتام نڬري بسوت مڠمبيل لڠكه اونتوق ممڤركواتكن كدودوكن دان ڤمرينتاهنڽ يڠ ممبينا بينتيڠ-بينتيڠ ڤرتاهنن دسڤنجڠ سوڠاي بسوت برهمڤيرن دڠن كوتا ڤلامبڠ دان كمودين منديريكن تمڤت كديامان يڠ بارو د كامڤوڠ راج د باوه ڤمرينتاهن بسوت تروس منجادي امان داماي.


سجاره دان ڤينتادبيران بسوت

تڠكو قادر يڠ مڠكت ڤد 1835، تله دڬنتيكن اوليه ڤوتراڽ تڠكو علي. سماس ڤمرينتاهنڽ تله برلاكو ڤڤراڠن انتارا بسوت دڠن ترڠڬانو. مڠيكوت توان حاج صالح بن حاج اوڠ دالم بوكو مڠكاجي سجاره ترڠڬانو ڤڤراڠن اين دكنلي سباڬاي ڤڤراڠن بسوت.

كناءيقن تڠكو علي تله ممولاكن ڤرڬولكن دالم اينستيتوسي براجا د بسوت. سماس ڤمرينتاهن بلياو سجاره بسوت تله مڽقسيكن ڤمبرونتقان بلياو ترهادڤ سلطان عمر د كوالا ترڠڬانو. ڤريستيوا اين برلاكو ڤد 23 شوال 1292/1876 مسيحي. ڤريستيوا اين تيمبول دسببكن داسر سلطان عمر يڠ ممرينته دايره-دايره سچارا لڠسوڠ. عقيبة داسر ايت، تڠكو علي سچارا رهسيا بروسها منداڤت بنتوان دري كلنتن اونتوق منجاتوهكن سلطان عمر. سماس ايستيعادة ملنتيق تڠكو احمد سباڬاي يڠ دڤرتوان مودا ترڠڬانو، تڠكو علي تيدق حاضر دان سلطان عمر تله مڠهانتر رومبوڠن ك بسوت دان منداڤتي تڠكو علي سداڠ مڠومڤولكن ڤاسوكن برسنجات دري كلنتن اونتوق مننتڠ سلطان عمر.

سلطان عمر تروس مڠهانتر سورت بنتاهن كڤد ڤمرينتاهن سيام دان سيڠورا دان ممبري امران كڤد كلنتن سوڤاي كدوا-دوا كواس ايت تيدق چمڤورتاڠن دالم حال إيهول تانه ججاهنڽ. سلطان عمر مڽياڤكن 8000 اورڠ تنترا دوكتواي اوليه ڤڠليما بسر اورڠ كاي مڬت سري مهكوتا راج ﴿ وان اب. رحمن بن علي ﴾ مڽرڠ بسوت ملالوءي لاوت. تڠكو علي سمڤت لاري ك كلنتن. سلڤس ڤريستيوا اين، بسوت دواكيلكن ڤمرينتاهنڽ كڤد تڠكو ڠه.

اڤابيلا تڠكو ڠه ممرينته بسوت، برلاكو ڤربوتن كواس انتارا بڬيندا دڠن تڠكو مودا. دالم كادأن ڬنتيڠ، تڠكو ڠه مڽراهكن كواس كڤد اديقڽ تڠكو چيق حاج. تڠكو مودا بركواس د كامڤوڠ لمڤو مانكالا تڠكو چيق حاج د كامڤوڠ راج. ڤرسڠكطاعن اين امت مرونچيڠ دان مڽببكن سلطان ترڠڬانو سنديري داتڠ ك بسوت اونتوق مڽلساءيكنڽ.

سلطان ترڠڬانو تله ممبوات چارا ڤڽلساين يڠ باءيق تنتڠ سياڤا يڠ بركواس دمان بڬيندا ملنتيق تڠكو چيق حاج سباڬاي راج دسببكن كدودوكن قڬ.راج د تيمور ماتهاري ناءيق سداڠكن كدودوكن قڬ.لمڤو دبارت ماتهاري جاتوه.

كناءيقن تڠكو چيق حاج سباڬاي ڤمرينته بسوت تله مڽببكن بسوت منداڤت كماجوان. بلياو ممڤوڽاءي كواس راج اونتوق منجاتوهكن حكومن كڤد اورڠ يڠ ملاكوكن كسالهن. حاصيل يڠ دڤوڠوت تيدق لاڬي منجادي حق مطلق سلطان. بلياو جوڬ مڠمبيل برت مڠناءي ڤنديديقن اسلام دمان، د قڬ.ڤلامبڠ ميثلڽ، ڤوندوق-ڤوندوق ديديريكن اونتوق مڠاجر اڬام واقف-واقف، بالاي ڤوليس دان لاين-لاين ديديريكن. ايستان يڠ ڤرتام دبينا ڤد 1878 دان ماسيه اد هيڠڬ سكارڠ.

ڤمرينتاهن تراخير دالم ديناستي براجا ڤلامبڠ اياله تڠكو ڠه. بلياو سأورڠ ڤنديام تاڤي مڠمبيل برت تنتڠ كباجيكن ڤندودوق كوتا ڤلامبڠ دان قڬ.راج. بلياو داڤت مڠكلكن كماجوان دان كامانن بسوت سباڬايمن يڠ دأساسكن اوليه تڠكو چيق حاج. دكاتاكن ڤد وقتو ايت واكيل سلطان د كوالا ترڠڬانو سريڠ داتڠ ك بسوت اونتوق مڠوتيڤ حاصيل دري ڤمرينتاهن د بسوت سباڬاي ڤربلنجأن ممبوات بوڠا امس اونتوق دهانتر ك سيام . تڠكو ڠه دكاتاكن مڠكت ڤد 1899 ستله ممرينته بسوت سلاما كيرا-كيرا 19 تاهون.

كسيمڤولنيا اينله انتارا سبب-سبب بسوت سكين لاما دياناقتيريكن اوليه كراجأن ترڠڬانو دري دولو سمڤأي سكارڠ ترهنتي سكتيكا ڤد زمان دس إدريس جوسوه منجادي مب ترڠڬانو، سكالي لاڬي بسوت مڠالمي نصيب يڠ سام د ايرا داتوق احمد سعيد. ايتله حقيقتڽ دري دولو سمڤأي سكارڠ مريك ترماسوق كرابت دراج ممبنچي اورڠ بسوت دان موڠكين بومبوڠ ستاديوم سلطان ميزن رونتوه كران الله توهن سرو سكين عالم تيدق مرستوا اڤ يڠ مريك تله لاكوكن ترهادڤ اورڠ بسوت.
Reblog this post [with Zemanta]

Tuesday, June 9, 2009

Merungkai Sejarah Daerah Besut


Sejarah merupakan komponen tak kurang pentingnya di dalam hidup kita seharian. Walaupun setinggi mana pun kejayaan kita tetap perlu belajar daripada Sejarah kerana Sejarah mampu mendidik kita lebih berhati-hati di masa hadapan dan boleh diumpamakan sekiranya kita berjalan ke depan, sesekali kita kena menoleh ke belakang.

Artikel penulis kali ini bertujuan untuk merungkai sejarah daerah Besut, sebuah daerah yang berada di dalam naungan negeri Terengganu yang sering dianak tirikan oleh kepimpinan Kerajaan Terengganu seperti Zaman MB DSAD Wan Mokhtar dan kini zaman MB Datuk Ahmad Said, cuba kita imbas kembali kenapa Besut selalu dianaktirikan oleh kerajaan Terengganu.

LATARBELAKANG DAERAH BESUT

Bukti bertulis yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit, catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN dan dari buku TUFFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Oleh kerana tidak terdapat bukti-bukti bertulis mengenai sejarah awal Daerah Besut, maka terdapat berbagai-bagai cerita yang menerangkan asal usul BESUT.

Salah satu cerita mengenai asal nama Besut kononnya berpunca dari zaman dahulu dimana dikatakan daerah ini merupakan salah sebuah kawasan dibawah kuasa Kerajaan Siam . Mengikut salah satu cerita nama Besut timbul dari perkataan BE yang dalam bahasa Siam bermakna DAERAH manakala SUT menggambarkan satu tempat atau kawasan yang paling jauh atau penghujung. Ini mungkin betul berdasarkan faktor betapa jauhnya Bangkok yang merupakan Pusat Pentadbiran Siam dengan daerah ini.

Satu cerita mengenai asal usul nama Besut ialah berdasarkan cerita kononnya kawasan ini dahulunya diperintah oleh seorang raja yang digelar RAJA SANG NYANYA. Beliau adalah ketua lanun yang sangat zalim dan ini menyebabkan tidak ramai orang yang tinggal di kawasan ini. Selepas kematiannya barulah kawasan ini didiami orang dan salah satu kumpulan penduduk terdiri dari orang PANGAN. Kumpulan mereka diketuai oleh seorang yang bernama BESUT jadi dipercayai nama BESUT adalah berasal dari nama ketua orang pangan tersebut.

Kesemua cerita yang mengaitkan asal usul nama daerah ini memang tidak dapat dibuktikan kerana tidak ada bukti yang bertulis. Bukti yang paling awal menyentuh mengenai daerah ini cuma sedikit sebagaimana catatan MUNSYI ABDULLAH dalam PELAYAN ABDULLAH KE KELANTAN dari buku TUHFATUL NAFIS karangan Raja Ali Haji.

Dalam catatan ini ada diceritakan mengenai sekumpulan pedagang dari PATTANI ( Selatan Siam ) telah datang ke BESUT dengan diketuai oleh seorang yang bernama CIK LATIF. Adalah dipercayai Cik Latif berasal dari SUMATERA dan telah biasa berdagang di PATTANI. Dengan menawarkan SEGANTANG MATA KAIL dikatakan Cik Latif berjaya memujuk orang-orang Pangan keluar dari daerah ini ke Hulu Besut. Beliau dan orang-orangnya telah berjaya membina sebuah perkampongan ditebing SUNGAI BESUT yang diberi nama PALEMBANG mungkin mengambil nama sempena nama tempat asal beliau di Sumatera. Palembang merupakan PUSAT PENTADBIRAN yang pertama di BESUT sebelum KG. RAJA.

Bila Cik Latif meninggal dunia, beliau diganti oleh anaknya bernama CIK KAMAT. Semasa pemerintahan Cik Kamat Daerah Besut berada dalama keadaan huru-hara kerana ancaman dari perompak lanun yang bermaharajalela di pulau-pulau yang berada disekitar laut daerah ini. Dalam buku pelayaran PELAYARAN ABDULLAH KE KELANTAN, Abdullah Munsyi ada menceritakan kegiatan lanun-lanun di kawasan ini. Dikatakan lanun-lanun ini diketuai oleh PANGLIMA EBEH dan PANGLIMA GARANG.

Untuk menghadapi ancaman lanun-lanun ini, CIK KAMAT tidak berdaya untuk menentangnya dan beliau telah membuat keputusan meminta bantuan dari TERENGGANU. Permohonan beliau dipersetujui oleh Sultan Terengganu masa itu iaitu SULTAN MANSUR 1, yang dikenali sebagai MARHUM BERJANGGUT. Beliau memerintah Terengganu dari 1726-1793. Sultan Mansur 1 telah menghantar angkatan tentera yang diketuai oleh Putera Baginda iaitu Tengku Kadir.

Tengku Kadir dan tentera dibawah pimpinannya berjaya mengalahkan lanun-lanun tersebut dan memaksa lanun-lanun tersebut berundur ke PULAU PERHENTIAN.

Sebagai penghargaan diatas kejayaan beliau mengalahkan lanun-lanun berkenaan, Tengku Kadir telah diberi kuasa oleh Sultan Terengganu untuk memerintah Besut. Cik Kamat pula dilantik sebagai ORANG BESAR BESUT serta mendapat hak di atas Pulau Rhu.

NEGERI BESUT DI BAWAH NAUNGAN TERENGGANU

Tengku Kadir yang menjadi Raja yang pertama Negeri Besut mengambil langkah untuk memperkuatkan kedudukan dan pemerintahannya yang membina benteng-benteng pertahanan disepanjang Sungai Besut berhampiran dengan KOTA PALEMBANG dan kemudian mendirikan tempat kediaman yang baru di KAMPONG RAJA di bawah pemerintahan Besut terus menjadi aman damai.

SEJARAH DAN PENTADBIRAN BESUT

Tengku Kadir yang mangkat pada 1835, telah digantikan oleh puteranya Tengku Ali. Semasa pemerintahannya telah berlaku peperangan antara Besut dengan Terengganu. Mengikut Tuan Haji Salleh bin Haji Awang dalam buku MENGKAJI SEJARAH TERENGGANU peperangan ini dikenali sebagai PEPERANGAN BESUT.

Kenaikan Tengku Ali telah memulakan pergolakan dalam institusi Beraja di Besut. Semasa pemerintahan beliau sejarah Besut telah menyaksikan pemberontakan beliau terhadap Sultan Omar di Kuala Terengganu. Peristiwa ini berlaku pada 23 Syawal 1292/1876 masihi. Peristiwa ini timbul disebabkan dasar Sultan Omar yang memerintah daerah-daerah secara langsung. Akibat dasar itu, Tengku Ali secara rahsia berusaha mendapat bantuan dari Kelantan untuk menjatuhkan Sultan Omar. Semasa istiadat melantik Tengku Ahmad sebagai Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Ali tidak hadir dan Sultan Omar telah menghantar rombongan ke Besut dan mendapati Tengku Ali sedang mengumpulkan pasukan bersenjata dari Kelantan untuk menentang Sultan Omar.

Sultan Omar terus menghantar surat bantahan kepada pemerintahan Siam dan SINGORA dan memberi amaran kepada Kelantan supaya kedua-dua kuasa itu tidak campurtangan dalam hal ehwal tanah jajahannya. Sultan Omar menyiapkan 8000 orang tentera duketuai oleh PANGLIMA BESAR ORANG KAYA MEGAT SERI MAHKOTA RAJA ( Wan Ab. Rahman bin Ali ) menyerang Besut melalui laut. Tengku Ali sempat lari ke Kelantan. Selepas peristiwa ini, Besut diwakilkan pemerintahannya kepada Tengku Ngah.

Apabila Tengku Ngah memerintah Besut, berlaku perebutan kuasa antara baginda dengan Tengku Muda. Dalam keadaan genting, Tengku Ngah menyerahkan kuasa kepada adiknya Tengku Chik Haji. Tengku Muda berkuasa di Kampong Lampu manakala Tengku Chik Haji di Kampong Raja. Persengketaan ini amat meruncing dan menyebabkan Sultan Terengganu sendiri datang ke Besut untuk menyelesaikannya.

Sultan Terengganu telah membuat cara penyelesaian yang baik tentang siapa yang berkuasa dimana baginda melantik Tengku Chik Haji sebagai Raja disebabkan kedudukan Kg.Raja di timur matahari naik sedangkan kedudukan Kg.Lampu dibarat matahari jatuh.

Kenaikan Tengku Chik Haji sebagai pemerintah Besut telah menyebabkan Besut mendapat kemajuan. Beliau mempunyai kuasa raja untuk menjatuhkan hukuman kepada orang yang melakukan kesalahan. Hasil yang dipungut tidak lagi menjadi hak mutlak sultan. Beliau juga mengambil berat mengenai Pendidikan Islam dimana, di Kg.Palembang misalnya, pondok-pondok didirikan untuk mengajar agama wakaf-wakaf, balai Polis dan lain-lain didirikan. Istana yang pertama dibina pada 1878 dan masih ada hingga sekarang.

Pemerintahan terakhir dalam dinasti beraja Palembang ialah Tengku Ngah. Beliau seorang pendiam tapi mengambil berat tentang kebajikan penduduk KOTA PALEMBANG dan Kg.Raja. Beliau dapat mengekalkan kemajuan dan keamanan Besut sebagaiman yang diasaskan oleh Tengku Chik Haji. Dikatakan pada waktu itu wakil Sultan di Kuala Terengganu sering datang ke Besut untuk mengutip hasil dari pemerintahan di Besut sebagai perbelanjaan membuat BUNGA EMAS untuk dihantar ke SIAM . Tengku Ngah dikatakan mangkat pada 1899 setelah memerintah Besut selama kira-kira 19 tahun.

Kesimpulanya inilah antara sebab-sebab Besut sekian lama dianaktirikan oleh Kerajaan Terengganu dari dulu sampai sekarang terhenti seketika pada zaman DS Idris Jusoh menjadi MB Terengganu, sekali lagi Besut mengalami nasib yang sama di era Datuk Ahmad Said. Itulah hakikatnya dari dulu sampai sekarang mereka termasuk kerabat diraja membenci orang Besut dan mungkin Bumbung Stadium Sultan Mizan Runtuh kerana Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui apa yang mereka telah lakukan terhadap orang Besut.

Reblog this post [with Zemanta]

Monday, June 8, 2009

Politik Bumbung Stadium 2


Beberapa hari yang lepas penulis telah menerbitkan sebuah artikel yang bertajuk "Politik Bumbung Stadium" bagi pelayar yang sentiasa mengikuti perkembangan blog ini sudah pasti mengetahuinya.

Artikel penulis pada kali ini pula bertajuk "Politik Bumbung Stadium 2", artikel ini adalah kesinambungan daripada artikel "Politik Bumbung Stadium", nak kata ini adalah artikel terakhir mengenai politik bumbung stadium pun tidak juga kerana mungkin juga artikel ini akan terus disambung dari masa ke semasa mengikut keadaan.

Kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan di Kuala Terengganu memang benar-benar memalukan dan juga menyebabkan 'kontraktor tempatan' mendapat reputasi yang buruk. Walhal "Kontraktor Asing" merupakan kontraktor utama di dalam pembinaan Stadium yang pembinaanya ala-ala Stadium Eropah itu.

Ada juga pandangan kejadian bumbung stadium runtuh itu disebabkan Allah tuhan seru sekian alam tidak merestui kepimpinan Ahmad Said di Terengganu dan itu merupakan 'bala' yang Allah turunkan untuk menyedarkan Ahmad Said dan rakyat Terengganu.

Terpulanglah kepada apa yang mereka ingin tafsirkan di atas kejadian bumbung stadium runtuh tersebut. Adakah kerana kejadian itu sengaja diadakan agar pengaruh Idris Jusoh dan populariti Idris Jusoh yang masih menebal di kalangan rakyat Terengganu, jika ia benar maka jawapanya sudah tentu ada pada Ahmad Said.

Pada pandangan penulis ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa, cukuplah saling tunding menunding jari, lebih baik bekerja dan terus berusaha membuat pembaikkan terhadap Stadium tersebut kerana lebih baik banyak bekerja daripada banyak bercakap.

Penulis juga ingin menyelar sikap pembangkang yang suka menangguk di air yang keruh dan sengaja mengambil kesempatan di atas kejadian ini, ingatlah janganlah terlalu agresif menyalahkan kerajaan kerana mungkin lepas ini giliran negeri pembangkang pula sebagaimana yang berlaku di Perak. Ingat KBMALL, KB Bazaar dan beberapa projek yang lain bakal menerima nasib yang sama seperti Stadium Sultan Mizan. Jadi jangan terlalu angkuh dengan keadaan sekarang.
Reblog this post [with Zemanta]

Sunday, June 7, 2009

Pencari Kedamaian atau Abu Jahal?





Artikel penulis kali ini bertujuan untuk menjawab komen pelayar blog ini yang setaraf dengan budak tadika. Saudara Pencari Kedamaian telah membuat komen untuk artikel "Bencana Besar Buat BN Jika Ahmad Said terus menjadi MB".

"org bodo macam mun ni jer yg sokong derih jusoh yang corrupt. better mat said mbeng kalu nk compare dengan derih natang jahat tu.mun mmg sokong die sbb die org daerah mun.tp daerah mun tu still mundur gok.kalu aku jadi MB,lame doh aku buang daerah mun tu suh masuk dlm kelantan.org ganu tp ckp kelantan.ade ke patut tu.tp yg pasti,walaupun sek2 BN ni aku thu corrupt,tp mat said tu kire bersih skit dari derih jusoh tu.3 bilion ilang dalam masa 4thn perintah.patut la sultan x mboh die jd MB balik.MB SIAL=DERIH JUSOH"
Pencari Kedamaian a.k.a Abu Jahal
Terlebih dahulu penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada saudara Pencari Kedamaian kerana memberi pandangan dan komen setaraf dengan budak tadika yang masih berhingus. Daripada penulisan komen saudara, saya menafsirkan sebagai anda komen terlampau mengikuti emosi atau dengan kata lain emosional dan saudara tidak sesuai menggunakan nama Pencari Kedamaian kerana sekira saudara mencari kedamaian anda tidak akan komen sebegitu rupa adalah lebih elok saudara tukar nama kepada Abu Jahal ia adalah bersesuaian dengan cara saudara komen seperti di atas dan komen saudara tidak profesional langsung.

Mengenai pertuduhan pertama Abu Jahal yang mengatakan 3 Bilion hilang dalam masa 4 tahun perintah semasa pemerintahan Idris Jusoh. Sebenarnya faktanya begini, Dana Khas Kerajaan Persekutuan bukan di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri pada masa itu sebaliknya ia di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan berada di bawah bidangkuasa Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Tun Abdullah Ahmad Badawi yang dinasihati oleh Pembantu Khas Perdana Menteri Khairy Jamaluddin (kini Ahli Parlimen Rembau) mereka berdua ini sepatutnya dipertangungjawabkan untuk isu tersebut bukan Idris Jusoh.

Menjawab pertuduhan Abu Jahal yang kedua yang mengatakan pemimpin-pemimpin BN ni semuanya 'corrupt' dan Ahmad Said je yang tak 'corrupt'. Saudara tidak boleh mengandaikan begitu tanpa hujah-hujah dan fakta-fakta yang menyokong hujah saudara. Kenapa saudara berkarta Ahmad Said kurang 'corrupt' yang lain semuanya 'corrupt'. Siapa tahu Ahmad Said lebih 'corrupt' berbanding yang lain. Mengenai Sultan tak mbuh Idris Jusoh apa yang saya tahu daripada 'orang dalam' Istana ia bukan sebab Idris Jusoh 'corrupt' tetapi sebab yang saya tak boleh ceritakan di sini nanti orang kata saya menghina raja-raja Melayu pula.

Abu Jahal juga menuduh saya menyokong kepimpinan Idris Jusoh kerana beliau 'orang daerah saya', saya bukan menyokong kepimpinan Idris Jusoh tetapi saya cuma membandingkan Ahmad Said dengan Idris Jusoh terpulang kepada pembaca untuk menilainya.

Mengenai gelaran "MB Sial" yang diberikan oleh Abu Jahal kepada Idris Jusoh saya berpendapat tindakan beliau seolah budak-budak hingusan yang setaraf dengan budak tadika. Ia lebih menunjukkan bahawa Abu Jahal adalah seorang Gangster.

Daripada komen saudara Abu Jahal saya mengandaikan bahawa saudara adalah Penyokong PAS (sebuah parti yang memperjuangkan Islam), namun cara saudara komen tidak melambangkan saudara seorang Pejuang Islam tetapi pejuang is selam. Mungkin ini bezanya antara ahli PAS Terengganu dengan Ahli PAS Kelantan, PAS Terengganu dilihat lebih radikal.
Reblog this post [with Zemanta]

Saturday, June 6, 2009

Bencana Besar Buat BN Jika Ahmad Said Terus Jadi Menteri Besar Terengganu

Bencana besar akan berlaku pada Barisan Nasional di Terengganu jika terus memberi kepercayaan kepada Ahmad Said menjadi Menteri Besar Terengganu, bencana itu lebih dasyat daripada 'tsunami politik' yang melanda Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke 12 yang lalu.

Kebanyakkan rakyat Terengganu tidak gemar dengan corak kepimpinan yang ditonjolkan oleh Ahmad Said. Perpecahan yang berlaku di dalam UMNO Terengganu hari ini juga berpunca daripada Ahmad Said. Penulis khuatir jika khidmat Ahmad Said diteruskan kelak satu masa nanti ia akan membawa malapetaka besar buat Barisan Nasional di Terengganu dan berkemungkinan pada Pilihan Raya Umum Ke 13 Barisan Nasional akan menjadi pembangkang di Terengganu sekiranya kepimpinan Ahmad Said tidak 'dicantas' segera.

Penulis sekadar memberi peringatan kepada Barisan Nasional agar mereka tidak tersalah langkah. Rata-rata rakyat Terengganu yang dijumpai mengutuk Kepimpinan Ahmad Said di Terengganu dan tiada apa-apa perkara yang boleh membanggakan rakyat Terengganu yang dilakukan oleh Ahmad Said.

Kepimpinan Ahmad Said lebih kepada "Kerajaan Cuci Kaki" daripada "Kerajaan Pembangunan", ketokohan langsung tiada bersinar di dalam diri Ahmad Said untuk menerajui Terengganu jika dibandingkan dengan Kepimpinan terdahulu.

Jika UMNO khasnya dan Barisan Nasional umumnya bertindak mengekalkan Ahma Said bermakna mereka sudah menempah tiket untuk kalah pada Pilihan Raya Umum Ke 13 dan Terengganu bakal diperintah pembangkang kembali sepertimana dulu.

Jika UMNO tidak mahu pisang berbuah dua kali adalah lebih baik mereka mengugurkan Kepimpinan Ahmad Said di Terengganu kerana Kepimpinan Beliau memang tidak diperlukan di Terengganu malah beliau hanya layak menjaga orang utan di hutan belantara kerana spesies tersebut menyerupai dengan rupa beliau. Rakyat Terengganu tidak mahu kepimpinan Ahmad Said sebaliknya Ahmad Said yang beriya-riya nak mempromosikan kepimpinan beliau di Terengganu sedangkan kepimpinan beliau telah ditolak rakyat.
Reblog this post [with Zemanta]