Mungkin berita ini akan memberikan sedikit kegembiraan kepada rakyat setelah beberapa bulan terpaksa menanggung beban harga minyak yang terlalu tinggi yang secara tidak langsung memberi kesan kepada harga barangan pengguna yang lain baru-baru ini.Harga minyak turun 10 sen
24/09/2008 5:26pmKUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.
- Utusan{http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0924&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_13.htm}
Namun, penulis pasti penurunan harga minyak 10 sen ini masih belum cukup untuk meringankan beban yang dialami oleh rakyat selepas pengumuman kenaikkan harga minyak yang mendadak beberapa bulan yang lalu.
Namun, kata orang "Lebih baik turun sedikit dari tidak turun langsung". Namun penulis berharap penurunan harga minyak ini tidak ada maksud tertentu dan biarlah penurunan ini dibuat secara ikhlas dan bukanya untuk menyelamatkan kedudukan seseorang ataupun untuk menarik perhatian pihak-pihak tertentu tambahan pula UMNO kini yang berada di ambang Pemilihan Agung UMNO.
Dalam masa yang sama, penulis berharap harga minyak akan terus diturunkan sehingga sama dengan harganya sebelum dinaikkan beberapa bulan lalu, mungkin ini jalan terbaik untuk meringankan beban rakyat yang semakin meruncing dewasa ini.
Penulis menyambut baik keputusan kerajaan menurunkan harga minyak ini kerana ia sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan yang semakin hari semakin tinggi yang terpaksa dihadapi rakyat tambahan pula di zaman ekonomi yang serba mencabar pada masa kini.
Dalam masa yang sama juga, penulis berharap kerajaan dapat membuat tambatan nilai ringgit kerana sebelum apa-apa yang tidak diingini berlaku, lebih baik kita sediakan payung sebelum hujan kerana kedudukan matawang ringgit sekarang penulis khuatir ia akan menarik minat spekulator matawang dan berkemungkinan sejarah 1997/1998 akan berulang lagi.
<
No comments:
Post a Comment